Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada calon yang momohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 maka anda perlu mengetahui lebih lanjut tentang format dan contoh soalan peperiksaan yang disediakan oleh pihak SPA di dalam laman web rasmi mereka. Daripada peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada tahun-tahun yang lepas dapat diketahui bahawa format peperiksaan bertulis terdiri daripada beberapa seksyen. Antaranya adalah seperti berikut :- Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen C – Esei Bahasa Melayu Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris Namun demikian jika sekiranya berlaku apa-apa perubahan terhadap format peperiksaan maka berkemungkinan satu lagi seksyen baru akan dimasukkan di dalam peperiksaan ini . Iaitu Seksyen Khas – Ujian Sahsiah dan Personaliti. Perkara ini berkaitan dengan cara peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dijalankan. Jika sekiranya peperiksaan dijalankan secara online maka kemungkinan besar seksyen khas tersebut akan menggantikan Seksyen C – Esei Bahasa Melayu dan juga Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris. Contoh Soalan Seksyen A : Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling Kami sediakan kepada anda beberapa maklumat penting yang perlu anda fahami bagi menjawab soalan Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling. Secara umumnya bahagian ini bertujuan untuk menguji calon-calon peperiksaan dengan skop dan subjek soalan yang sangat luas. Boleh dikatakan bahawa kunci utama bagi membolehkan anda menjawab ialah pengetahuan umum anda terhadap isu-isu semasa dan juga perkembangan yang telah dan sedang berlaku di dalam dan luar negara. Maka jelaslah bahawa di dalam seksyen ini anda dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintahan di negara kita dan juga...

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Beberapa bulan yang lepas pihak SPA Malaysia telah mengeluarkan hebahan melalui media cetak dan elektronik tentang permohonan terkini bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 bagi tahun 2014. Calon-calon yang menepati syarat kelayakan bagi menjawat jawatan tersebut boleh membuat permohonan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tersebut bagi kumpulan ambilan 2014 sebelum tarikh 8 Jun 2014. Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu diketahui oleh calon-calon :- Permohonan dibuat secara online iaitu melalui laman SPA Malaysia. Peperiksaan PTD bagi tahun 2014 akan dijalankan secara online juga. Pelajar tahun akhir IPTA/IPTS seluruh negara juga boleh membuat permohonan jawatan ini secara online. Latar belakang bagi perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Bagi memastikan negara dan masyarakat Malaysia mengecapi kemakmuran dan keharmonian maka badan yang memegang amanah penting dalam hal ini adalah Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh kerana itu, keberkesanan dan kesungguhan penjawat jawatan perkhidmatan awam adalah penyumbang yang utama kepada pembangunan negara yang pesat. Ini bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara dan bangsa yang berdaulat di serata dunia. Dalam kalangan sektor perkhidmatan awam di Malaysia, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah jawatan utama yang memberikan bantuan kepada pihak kerajaan bagi melaksanakan dasar-dasar negara. Pegawai-pegawai PTD yang menjadi teras kepada perkhidmatan awam negara telah banyak mengisi kebanyakan jawatan utama bagi peringkat jabatan dan kementerian, persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain. Sejarah jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Semenjak sebelum kemerdekaan negara, perkhidmatan PTD telah lahir sebagai rangkaian jentera pentadbiran negara. Bermula seawal tahun 1896, pihak British telah mewujudkan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service bagi menguruskan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1920 pula Malayan...

Panduan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Penolong Pegawai Kastam W27 adalah jawatan yang dibuka melalui SPA dan diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Peperiksaaan untuk jawatan ini bakal dijalankan pada 5 Ogos 2014. Antara tugasan rasmi jawatan ini untuk makluman anda secara ringkas :Menyediakan laporan-laporan harga, surat-surat pekeliling jabatan dan surat-surat jaminan bank. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman. Satu satunya penyedia rujukan khusus peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini adalah TIM INFOKERJAYA. Maklumat lanjut di : Panduan peperiksaan Penolong Pegawai Kastam W27 Mungkin anda tidak terkejut dipanggil ke sesi peperiksaan 5 Ogos ini secara ONLINE. Sebenarnya ianya hanyalah medium sahaja dan tak ada apa yang perlu dirisaukan. Apa yang anda perlu risaukan adalah format dan bentuk soalan. Untuk exam kali ini serius formatnya sudah berubah. Penilaian terbahagi kepada 3 bahagian : [Seksyen A – Pengetahuan AM] Seksyen ini akan menguji pengetahuan anda secara meluas. Sebenarnya ini seksyen yang paling sukar. Rajin-rajinlah buka suratkhabar untuk isu-isu awal 2014 – 10 JULAI bagi isu semasa. Jangan lupa maklumat berkaitan KASTAM dan yang berkaitan dengan KDRM [Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah] Anda akan diasak dengan penilaian soalan Matematik, kemahiran logik dan cara anda interpretasi data. Tip untuk seksyen ini ambil masa buat latih tubi soalan matematik SPM. Yang lain memerlukan anda berfikir dengan cepat dan kritis. Akan ada sedikit kekeliruan pada soalan...

Persediaan awal exam Akauntan Gred W41 hujung minggu ini

Sudah tentu semua calon peperiksaan Pegawai Akauntan Gred W41 sedang sibuk mencari-cari panduan persediaan peperiksaan bertulis pada 6 Mei 2014 ini. Bagaimana dengan persediaan anda untuk peperiksaan Akauntan W41 nanti? Kami berharap agar semuanya berjalan lancar. Gunakan masa pada hujung minggu ini untuk melakukan persediaan penuh. Ini adalah peluang anda dan ianya terletak pada usaha dan doa anda untuk lulus. Jika anda memerlukan rujukan yang boleh dipercayai untuk bantuan pantas anda, boleh dapatkan rujukan ini di sini. Statistik panduan Pegawai Akauntan gred W41 pada hari pertama. Dalam tempoh masa 24 jam jualan dilancarkan, panduan ini telah pun dimiliki oleh 389 orang calon. Dengan erti kata lain, 389 calon lain telah mula melakukan persediaan pantas untuk sukses pada sesi peperiksaan bertulis Pegawai Akauntan Gred W41 pada 6 Mei ini. Untuk pengetahuan anda, jualan kali ini dibuka selama 4 hari sahaja iaitu bermula daripada 1 Mei 2014 sehinggalah 4 Mei 2014 jam 12 malam. Sekali lagi, jangan biarkan anda ditinggalkan. Anda boleh dapatkan rujukan ini di sini. Persediaan panduan Pegawai Akauntan gred W41. Panduan ini telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Sebelumnya Tim Infokerjaya telah dikenali sebagai Team TipsPTD yang telah banyak membantu calon-calon pegawai kerajaan dalam melepasi sesi temuduga dan juga peperiksaan. Sejak tahun 2009, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 62,000 orang graduan calon pegawai kerajaan. Ramai calon-calon telah menggunakan panduan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya memandangkan banyak maklumbalas positif yang telah diterima oleh mereka. Oleh itu jangan ketinggalan lagi untuk mendapatkan panduan lengkap yang boleh dipercayai keberkesanannya. Anda boleh dapatkan rujukan ini di...

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon. Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41 Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41 Format Peperiksaan Akauntan Gred W41 Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu: Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen C – Esei Bahasa Melayu Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris Tip Menjawab Soalan Akauntan W41 (a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut. (b) Soalan objektif adalah soalan aneka...

Senarai 241 Agensi Kerajaan

Makluman akhir berkaitan dengan Senarai 241 Agensi kerajaan seluruh negara. Untuk apa 241 senarai ini? Untuk graduan yang mencari pekerjaan. Tahukah anda, kerjaya di Agensi Kerajaan tidak ditawarkan melalui SPA. Ianya adalah terus melalui Agensi tersebut. Untuk graduan yang dah ‘fed-up’ nak masuk kerjaya kerajaan tetapi masih belum dapat disebabkan halangan penilaian my-Recruitment SPA. Untuk graduan yang mencari peluang pekerjaan di negeri kelahiran sendiri, kami ada senarai agensi negeri anda! Apa anda boleh buat dengan senarai agensi ini? Disertakan nama agensi di setiap negeri beserta laman web dan nombor telefon juga alamat. Langkah 1: Buat carian di laman web/pejabat terus agensi tersebut. Cari bukaan jawatan kosong. Langkah 2: Terus ke pejabat mengikut alamat yang diberikan dan berjumpa dengan pegawai sumber manusia. Serahkan resume anda kepadanya. Langkah 3: Follow up untuk temuduga dengan pegawai tersebut. TIPS : Jumpa pegawai dan bukan kerani. Penting! Untuk yang tiada senarai 241 Agensi ini, kebanyakan mereka terlepas iklan kerja kosong kerana tidak tahu nak cari di mana. Tetapi bukan untuk anda yang...

Mungkin SPA tak mahu ramai calon peperiksaan Pegawai Arkib S41

Adakah anda menyedari apa yang berlaku untuk sesi exam Pegawai Arkib S41? Peperiksaan bertulis kali ini dilangsungkan pada hari SELASA! Iaitu 1 minggu selepas sesi cuti sekolah berlalu. Ya, minggu ini adalah cuti sekolah. Kerana itu berapa ramai daripada kita yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung atau melancong dan bercuti bersama keluarga? Setelah anda mengambil cuti minggu ini, adakah anda rasa bahawa anda dapat mengambil cuti lagi untuk menghadiri peperiksaan bertulis pada hari SELASA minggu depan? Dilema calon examPegawai Arkib S41 pada 1 April 2014 Percaya atau tidak, ramai dalam kalangan calon-calon yang dipanggil ke sesi SELASA ini membuat keputusan untuk TIDAK HADIR peperiksaan bertulis atas kekangan ini. Oleh kerana itu, jika anda dipanggil untuk menghadiri exam Pegawai Arkib S41 pada 1 April 2014 iaitu hari Selasa ini, maka ambil kesempatan atas peluang ini. Kerana persaingan anda sudah kurang atas kekangan cuti ini. Apa yang anda perlukan adalah persediaan yang lebih rapi untuk terus berada dalam senarai teratas mereka yang bakal berjaya dan sukses di dalam sesi exam peperiksaan bertulis SELASA ini Rujukan ini untuk anda : DOWNLOAD RUJUKAN PENUH PEGAWAI ARKIB S41 Tinggalkan calon lain dengan masalah mereka. Fokus kepada impian dan kelebihan yang anda ada Serius, anda perlukan rujukan ini : DOWNLOAD RUJUKAN PENUH PEGAWAI ARKIB...

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan bahawa peperiksaan bagi calon-calon jawatan Pegawai Arkib gred S41 akan diadakan pada 1 April 2014 ini. Berikutan itu  kami mengambil inisiatif untuk menyediakan kepada anda Panduan PERCUMA yang boleh didapati tanpa perlu mendaftar di mana-mana. Anda boleh dapatkannya di link berikut :- http://examkerajaan.com/panduan-pegawai-arkib.pdf Ramai gagal kerana tiada persediaan Dikatakan bahawa hampir 90% calon-calon peperiksaan pegawai kerajaan tidak membuat persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Hal ini berkemungkinan juga timbul kerana maklumat panggilan peperiksaan yang sampai lewat di tangan calon. Berkemungkinan surat panggilan peperiksaan didapati seminggu sebelum peperiksaan. Kerana itu tidak dinafikan bahawa calon-calon tidak dapat mencari sendiri panduan serta contoh-contoh soalan yang berkaitan. Adapun contoh-contoh soalan yang disediakan oleh pihak SPA terlalu sedikit iaitu hanya 2 atau 3 soalan sahaja. Kerana ini ramai calon yang berasa risau dan bimbang. Lebih 100 contoh soalan dan contoh esei BM dan BI Lantaran itu, Tim Infokerjaya mengambil langkah dan inisiatif untuk menyediakan lebih daripada 60 soalan contoh Seksyen A, lebih 40 soalan contoh Seksyen B dan juga contoh esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Seksyen C dan Seksyen D. Kesemua panduan, contoh soalan dan topik-topik berkaitan ini disediakan di dalam Pakej Lengkap yang boleh anda dapati di halaman berikut : http://examkerajaan.com/pegawaiarkib.php Dengan persediaan yang lengkap, anda sudah pasti akan mendahului calon-calon lain yang ketinggalan untuk mendapatkan panduan lengkap...

Seksyen Khas – Penaksiran Personaliti ujian bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Sekali lagi dimaklumkan yang bahagian ini tiada dalam kebanyakan peperiksaan Gred 41. Untuk sesi peperiksaan F29 ini, ianya dimasukkan dengan format :- Tempoh: 30 minit Jumlah Soalan: 94 soalan Untuk sesi 2013 yang lalu jumlah soalan ada 180 tetapi tahun ini dikurangkan jumlah dan masanya. Bahagian ini juga dikenali sebagai Ujian Sahsiah dan Minat untuk tahun-tahun yang lalu dan soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Kecenderungan anda dinilai. Dalam beberapa jawatan ianya dinamakan sebagai ‘Bahagian Psikologi’ dan dalam jawatan lain berada di ‘Bahagian II: Sahsiah dan Minat’. Apa yang penting ialah anda jawab menggunakan teknik yang betul dan pengurusan masa yang tepat. Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah). Ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refeksi keyakinan anda dalam membuat pilihan. Kemungkinan penilaian kali ini berlainan pilihan jawapan tetapi bentuk itu tidak penting, yang penting anda faham apa yang dinilai. SKOP YANG LUAS Keseluruhan soalan bakal merangkumi skop kendiri yang luas mencakupi :- Sikap Refleksi diri Cara berfikir Perawatakan Emosi Kepekaan Kecenderungan Skil pengurusan Cara bekerja ….dan pelbagai lagi. Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul. Ciri lain yang termasuk...

80 contoh soalan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Berikut adalah beberapa contoh soalan bagi Seksyen A : Pengetahuan Am. Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja 1. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai komputer : Komputer  boleh diaturcarakan untuk menerima dan mengolah data. Komputer boleh menerima arahan, memproses, menyimpan dan mengeluarkannya semula. Komputer boleh memproses data menjadi maklumat Komputer digunakan untuk melayari internet sahaja. A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV 2. Berikut adalah faedah penggunaan komputer KECUALI : A. Menyimpan maklumat yang banyak B. Memperolehi semula maklumat dengan segera C. Melakukan perhitungan rumit dengan tepat D. Menggunakan komputer untuk bermain permainan video 3. Y merujuk kepada perkara yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat keputusan. Apakah yang dinamakan Y? A. Data B. Maklumat C. Input D. Output 4. Berikut ialah komponen-komponen utama sistem komputer KECUALI : A. Unit Pemprosesan Pusat (CPU) B. Unit-unit Input dan unit-unit Output C. Komponen Storan dan komponen Ingatan D. Pemampat dan Penyejat 5. Berikut adalah pernyataan yang berkaitan dengan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) :- Menginput maklumat-maklumat (Data dan Program) ke dalam sistem komputer. Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan. Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data. Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain. Berdasarkan kepada maklumat di atas, pernyataan manakah yang BENAR? A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV 6. Bahagian Y dalam komputer mempunyai fungsi yang berikut :- Mengawal dan mengkordinasikan operasi-operasi seluruh sistem komputer. Mentafsirkan semua langkah-langkah program. Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit lain. Mengawal aliran-aliran...