Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada calon yang momohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 maka anda perlu mengetahui lebih lanjut tentang format dan contoh soalan peperiksaan yang disediakan oleh pihak SPA di dalam laman web rasmi mereka.

Daripada peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada tahun-tahun yang lepas dapat diketahui bahawa format peperiksaan bertulis terdiri daripada beberapa seksyen. Antaranya adalah seperti berikut :-

  • Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Namun demikian jika sekiranya berlaku apa-apa perubahan terhadap format peperiksaan maka berkemungkinan satu lagi seksyen baru akan dimasukkan di dalam peperiksaan ini . Iaitu Seksyen Khas – Ujian Sahsiah dan Personaliti.

Perkara ini berkaitan dengan cara peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dijalankan. Jika sekiranya peperiksaan dijalankan secara online maka kemungkinan besar seksyen khas tersebut akan menggantikan Seksyen C – Esei Bahasa Melayu dan juga Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Seksyen A : Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Kami sediakan kepada anda beberapa maklumat penting yang perlu anda fahami bagi menjawab soalan Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

Secara umumnya bahagian ini bertujuan untuk menguji calon-calon peperiksaan dengan skop dan subjek soalan yang sangat luas. Boleh dikatakan bahawa kunci utama bagi membolehkan anda menjawab ialah pengetahuan umum anda terhadap isu-isu semasa dan juga perkembangan yang telah dan sedang berlaku di dalam dan luar negara.

Maka jelaslah bahawa di dalam seksyen ini anda dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintahan di negara kita dan juga perkara yang berkait rapat dengan urusan sumber manusia, pembangunan dan pentadbiran wilayah, urusan sumber ekonomi, urusan sumber kewangan, hubungan negara dan antarabangsa, hal ehwal negara luar, urusan teknologi maklumat dan komunikasi, pertahanan dan keselamatan negara serta lain-lain perkembangan.

Berikut adalah 2 contoh soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik bagi Seksyen A. Di dalam peperiksaan sebenar anda mungkin akan diberikan 50 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit sahaja.

contoh soalan pegawai tadbir dan diplomatik ptd m41

Sekiranya anda meneliti contoh soalan di atas sudah tentu anda dapat mengagak bahawa soalan yang dikemukakan sebenarnya berkait rapat dengan deskripsi tugas jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Kerana itu, jika anda adalah seorang yang peka terhadap persekitaran, peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara, berpengetahuan luas terhadap perkembangan dalam dan luar negara dan sudah terbiasa dengan soalan seperti itu maka ini tidak akan menjadi masalah kepada anda.

Jika anda bukan seorang yang peka terhadap peristiwa dan perkembangan di dalam dan luar negara serta dasar-dasar awam kerajaan maka anda perlu membuat persediaan awal dengan mendapatkan satu-satunya pakej rujukan khusus bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Menjawab 50 soalan seperti itu di dalam masa 45 minit adalah cabaran besar bagi kebanyakan calon seperti anda.

Contoh soalan Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini boleh dikatakan antara seksyen yang amat mencabar bagi calon seperti anda kerana soalan berbentuk matematik peringkat SPM akan ditanya kepada anda dan anda perlu menjawab 40 soalan di dalam masa 45 minit sahaja.

Soalan-soalan yang akan ditanya di dalam bahagian ini berkisar kepada item yang berkonsepkan kepada perkara seperti :-

  1. Kemahiran menggunakan logik.
  2. Kemahiran menginterpretasi data.
  3. Konsep Matematik.

Antara contoh soalan Seksyen B adalah seperti berikut :-

contoh soalan pegawai tadbir dan diplomatik ptd m41

Dalam contoh-contoh soalan yang dikemukan di atas maka anda dapat melihat bahawa contoh-contoh soalan tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Untuk lulus di dalam bahagian ini, maka anda perlu menjadi seorang yang biasa di dalam menjawab soalan berbentuk demikian.

Anda boleh menjadikan sebahagian daripada soalan-soalan SPM sebagai latihan anda. Namun demikian soalan-soalan seperti ini akan menjadi agak sukar untuk dijawab memandangkan bilangan soalan adalah 40 manakala anda hanya mempunyai masa 45 minit untuk menjawab.

Kerana itu anda perlu membuat persediaan awal dengan cara mendapatkan pakej rujukan lengkap bagi peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang disediakan oleh Tim Infokerjaya yang telah berpengalaman membantu calon-calon jawatan ini sejak tahun 2009 lagi. Bahkan lebih daripada 63,000 calon peperiksaan jawatan kerajaan mendapat bantuan daripada pakej rujukan yang mereka sediakan.

Secara umumnya Tim Infokerjaya akan menyediakan pakej rujukan beberapa hari sebelum peperiksaan dijalankan untuk memberi peluang kepada mereka menyediakan pakej rujukan yang up-to-date dan benar-benar membantu calon peperiksaan PTD.

Sekiranya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan satu-satunya pakej lengkap peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 pada tahun ini, sila isi borang dibawah untuk mendapatkan maklumat segera dan percuma di dalam email anda.




Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *