Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Beberapa bulan yang lepas pihak SPA Malaysia telah mengeluarkan hebahan melalui media cetak dan elektronik tentang permohonan terkini bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 bagi tahun 2014.

Calon-calon yang menepati syarat kelayakan bagi menjawat jawatan tersebut boleh membuat permohonan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tersebut bagi kumpulan ambilan 2014 sebelum tarikh 8 Jun 2014.

Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu diketahui oleh calon-calon :-

  • Permohonan dibuat secara online iaitu melalui laman SPA Malaysia.
  • Peperiksaan PTD bagi tahun 2014 akan dijalankan secara online juga.
  • Pelajar tahun akhir IPTA/IPTS seluruh negara juga boleh membuat permohonan jawatan ini secara online.

Latar belakang bagi perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

Bagi memastikan negara dan masyarakat Malaysia mengecapi kemakmuran dan keharmonian maka badan yang memegang amanah penting dalam hal ini adalah Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh kerana itu, keberkesanan dan kesungguhan penjawat jawatan perkhidmatan awam adalah penyumbang yang utama kepada pembangunan negara yang pesat. Ini bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara dan bangsa yang berdaulat di serata dunia.

Dalam kalangan sektor perkhidmatan awam di Malaysia, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah jawatan utama yang memberikan bantuan kepada pihak kerajaan bagi melaksanakan dasar-dasar negara. Pegawai-pegawai PTD yang menjadi teras kepada perkhidmatan awam negara telah banyak mengisi kebanyakan jawatan utama bagi peringkat jabatan dan kementerian, persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain.

Sejarah jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Semenjak sebelum kemerdekaan negara, perkhidmatan PTD telah lahir sebagai rangkaian jentera pentadbiran negara. Bermula seawal tahun 1896, pihak British telah mewujudkan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service bagi menguruskan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada tahun 1920 pula Malayan Civil Service (MCS) telah ditubuhkan bagi mentadbir Tanah Melayu. MCS dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial pada ketika itu. Sepanjang penubuhannya MCS mengalami pelbagai perubahan dan transformasi.

Menjelang 1929 pula Malay Administrative Service teah diwujudkan bagi melatih pegawai-pegawai berbangsa Melayu bagi menjawat jawatan di dalam MCS.

Sekitar tahun 1966 MCS telah digantikan dengan penubuhan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Akhirnya pada tahun 1972 perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) sehingga sekarang.

Maklumat Jawatan: Deskripsi Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD

Oleh kerana pegawai yang menjawat jawatan perkhidmatan awam kerajaan mempunyai peranan dalam memastikan masyarakat dan negara Malaysia mengalami kemakmuran dan keharmonian maka sudah semestinya mereka perlu menjalankan tugas mereka dengan cemerlang dan terbaik.

Terutamanya bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, sumbangan mereka terhadap pembangunan dan kepesatan negara amatlah diambil berat oleh pihak kerajaan. Mereka bukan sahaja dilatih untuk menjadi pekerja mahir bahkan mereka juga menjadi ejen bagi kemakmuran dan keharmonian negara.

Dengan itu, jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik perlu melalui beberapa siri penilaian supaya mereka yang menjawat jawatan ini dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Jika anda berminat dengan jawatan ini, maka di bawah ini kami paparkan kepada anda maklumat tentang deskripsi gaji, syarat-syarat lantikan, deskripsi tugas dan panduan serta rujukan peperiksaan penilaian PTD.

Deskripsi Gaji

Jawatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian dan Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji : RM2,252.80 (Gaji Minimum)

Syarat Lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari IPT yang diiktiraf atau kelayakan setaraf. Gaji Permulaan : RM2,252.80. ATAU
  • Ijazah Sarjana dari IPT yang diiktiraf atau kelayakan setaraf. Gaji Permulaan : RM2,564.14. ATAU
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari IPT yang diiktiraf atau kelayakan setaraf. Gaji Permulaan : RM2,875.48. DAN
  • Lulus peperiksaan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan. DAN
  • Kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM termasuk lulus Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf.

Perhatian : Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Deskripsi Tugas

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat penting melepasi tapisan awal jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Kami telah kongsikan kepada anda tentang maklumat jawatandan exam PTD ini. Namun demikian berdasarkan maklumat daripada calon-calon yang lepas, untuk menjawat jawatan ini anda perlulah terlebih dahulu melepasi tapisan awal PTD. Tapisan yang kami maksudkan ialah anda perlulah lulus dengan cemerlang peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang diadakan oleh pihak SPA.

Sekiranya anda berjaya lulus dengan cemerlang akan peperiksaan ini maka anda mempunyai peluang yang cerah untuk menjawat jawatan tersebut. Jadi untuk membolehkan anda lulus dengan cemerlang perlulah anda melakukan persediaan awal dan rapi. Anda perlu melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu peperiksaan, fahami format-format soalan, membiasakan diri anda dengan contoh-contoh soalan dan membuat persediaan rapi tentang jawatan PTD itu sendiri.

Panduan dan rujukan awal tentang PTD

Sebelum anda dipanggil untuk sesi temuduga sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik oleh pihak SPA, anda perlulah lulus di dalam peperiksaan bertulis yang ditetapkan oleh mereka terlebih dahulu.Sebenarnya untuk menjawab peperiksaan ini dengan cemerlang anda hanya perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Anda perlu mempunyai ilmu dan maklumat tentang perkembangan isu-isu di dalam negara dan isu-isu semasa di dalam negara. Ini akan membantu anda untuk menjawab peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik nanti.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya dengan lengkap untuk dijadikan panduan menjawab soalan peperiksaan itu nanti.

Pengenalan terhadap Tim Infokerjaya

Tim Infokerjaya telah beroperasi sejak tahun 2009 dan telah berjaya membantu lebih daripada 63,000 graduan untuk lulus peperiksaan SPA. Nama dan reputasi Tim Infokerjaya telah diketahui dan diakui oleh ramai calon-calon yang berjaya di dalam setiap peperiksaan SPA.

Secara umumnya Tim Infokerjaya akan menyediakan pakej rujukan beberapa hari sebelum peperiksaan dijalankan untuk memberi peluang kepada mereka menyediakan pakej rujukan yang up-to-date dan benar-benar membantu calon.

Sekiranya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan satu-satunya pakej lengkap peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 pada tahun ini, sila isi borang dibawah untuk mendapatkan maklumat segera dan percuma di dalam email anda.




Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *