Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Adakah anda sedang mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41? Jika jawapan anda ya, teruskan membaca. Peperiksaan yang bakal dijalankan nanti bakal diduduki oleh calon-calon yang terpilih dan berkelayakkan.

Untuk pengetahuan anda, Peperiksaan Online PTD M41 terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Seperti mana-mana peperiksaan, persediaan perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah soalan contoh Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD M41)

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah 

A Kementerian Kewangan.
B Kementerian Dalam Negeri.
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. 

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan 

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D

Muat Turun Contoh Soalan Seksyen A
Categories: Uncategorized

1 Comment

A WordPress Commenter · November 27, 2020 at 3:06 am

Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *